Report November 2010

Salam

Bulan November 2010 merupakan bulan bermakna kepada owner2 DO phase 2. Juga bulan2 yg best bagi agent2, kontraktor, interior deco dll.

Antara mereka2 yg menyediakan perkhidmatan kat DO Group Chat

Agent : Sheila Ramlee

  • 15 unit untuk National Panasonic & Secom.
    Rental : RM900( termasuk maintenance)

Interior Design: NZ DECOR N RENOVATION

  • pemasangan plaster ceiling
  • tiling & table top
  • wiring
  • tinted (decor tinted/frosted/uv)
  • wall partition
  • plumbing & piping

Kontraktor Grill Kipas Lampu : Che Kamal

  • Harga Pakej Gril Pintu&Tingkap Apartment Tengah (Tanpa Jemuran/Awning) RM880
  • Harga Pakej Gril Pintu&Tingkap Apartment Tengah (Bersama Jemuran/Awning) RM1100
  • Harga Pakej Bekal&Pasang Lampu kalimantang-Philips (Tanpa Kipas)  RM400
  • Perubahan Harga tertakluk kepada jumlah kerja dan harga bahan kerja.

Koleksi gambar DO terkini, sumbangan Kamarulamir

Juga surau DO yang baru mengalu2kan sumbangan ikhlas daripada anda. Apa2pun kita tunggu jawatankuasa surau ditubuhkan. Tapi if ada yg insist, sila2 lah hantar direct ke surau berkenaan.

  • Sejadah
  • Al-Quran
  • rak2
  • dan apa2 yang ikhlas

Note: (iklan di atas tidak berbayar.. just random pick kat fb group… saya tiada kaitan dengan business mereka 🙂 )

12 Replies to “Report November 2010”

  1. wawww otomobil apartment tingkt 2 dh ada yg nk jual rm200k kt mudah.my.. dah tinggi value nih.. brapa valuer letak sebenarnya apartment kita ni ikut tingkat

  2. Dataran Otomobil Bakal Meletop di Shah Alam

    Dua bulan lepas, satu hartanah yang aku jangka margin value tinggi dibuka di Shah Alam. Lokasinya cukup strategik. Betul-betul di tengah bandaraya Shah Alam. Ada apartment, office dan kedai. Itulah Dataran Otomobil (DO). Orang panggil Auto City, 2 minit dari SACC Mall, Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral dan pelbagai isi kota metropolitan lagi. Tu belum kira kilang-kilang, UiTM, Unisel, MSU, PTPL, bank-bank dan selain di keliling-kelalangnya…

    hehhe masyukkkk.. baca di SINI.

  3. Thanks for the link. seronok bila dapat tahu harga apartment kat DO dah naik. tadi dapat surat lelongan kat DO. Bank nak lelong rumah. harga rizab RM100k..?! tingkat 4..murahnya? betul ke harga apartment kat DO naik?

  4. hmm.. tingkat 4 maksudnyer unit yg paling tinggi la kan..?
    xlarat tuh sape yg nk sewa tingkat 4..
    letih ari2 nak naik tangga..
    if org tua dtg dari kg, sure dah naik mls nk turun dah.. xlarat..
    dats why la unit tu reserved price die murah..

  5. saya beli tingkat 4, saya beli tingkat 4 sebab paling murah la kan…. masa mula-mula beli memang untuk duduk sendiri, baru duduk seminggu dah 2 orang call nak sewa rumah… siap Offer RM 900… tapi dah pindah barang dan duduk dah…. rasanya betul la…. tingkat apa pun kat dataran otomobil memang berbaloi… selalunya kalau lelong rumah bank akan bagi reserve price 20% below market price…..

  6. umah tu kalau bg org lain yg xde kepentingan mgkn xde value, tp bg org yg bekerja kat situ dan ada keperluan untuk duk kat situ lain plak.. rege mahal sket pon snggup..

    so tak jadi isu kalau bank ckp umah kat DO murah ke mahal ke, sebab bukan dorang nk sewa pon kat situ.. tunggu la lg 2 ke 3 tahun, mana la tau kalau ada LRT nk buat depan simpang tu ke, makin naik la rege umah kat DO

  7. umah sape dah buat table top? brape quotation harga ye?
    leh bg no tepon org yg buat table top tu?
    tenkiu 🙂

  8. Saya dah buat table top. Masa survey dulu harga basic RM1,400. Cuma yang beza antara pembuat table top nie ialah samada jubin dan sinki beli sendiri ataupun dia orang kasi f.o.c. Jubin 2ftx2ft diperlukan dalam 12 keping. Harga kos jubin biasa-biasa dalam RM10 sekeping. Sinki pulak kalau yang 2 sink punya dalam RM100++. Kalu sinki jenama ruben punya lagi up harga.
    Pasal no phone nie saya takde la tapi brother yang bukak table kat sebelah kedai runcit tu ada buat table top. Brother yang selalu tolong bukak kunci gril pintu bawah tu pun boleh buat gak. Just bukak mulut dan tanya.

  9. den pun ado unit kat dataran otomobil ni nak sewa. blok 5 tingkat 2. sewa rm900 shj. he 3x
    saper minat leh call/sms 017-8716272

Comments are closed.