Report November 2010

Salam

Bulan November 2010 merupakan bulan bermakna kepada owner2 DO phase 2. Juga bulan2 yg best bagi agent2, kontraktor, interior deco dll.

Antara mereka2 yg menyediakan perkhidmatan kat DO Group Chat

Agent : Sheila Ramlee

  • 15 unit untuk National Panasonic & Secom.
    Rental : RM900( termasuk maintenance)

Interior Design: NZ DECOR N RENOVATION

  • pemasangan plaster ceiling
  • tiling & table top
  • wiring
  • tinted (decor tinted/frosted/uv)
  • wall partition
  • plumbing & piping

Kontraktor Grill Kipas Lampu : Che Kamal

  • Harga Pakej Gril Pintu&Tingkap Apartment Tengah (Tanpa Jemuran/Awning) RM880
  • Harga Pakej Gril Pintu&Tingkap Apartment Tengah (Bersama Jemuran/Awning) RM1100
  • Harga Pakej Bekal&Pasang Lampu kalimantang-Philips (Tanpa Kipas)  RM400
  • Perubahan Harga tertakluk kepada jumlah kerja dan harga bahan kerja.

Continue reading “Report November 2010”

Salam Eid Adha 2010

Sirah

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Ucapan

Sempena hari yang mulia ini, saya mengucapkan menyambut Hari Raya Eid Adha. Moga segala pengorbanan anda membawa barakoh dalam kehidupan. Continue reading “Salam Eid Adha 2010”

Mari Amik Kunci!!

Salam n Greeting to all,

Short news, surat amik kunci dah sampai utk block 7 hinggga block 17. Ramai menyatakan tak pues ati sbb ada lak bayaran late payment…below antara rakan2 kita yg sudah terima surat dan bayaran yg perlu dibayar BILA AMIK KUNCI  + bayaran lain2 seperti syabas, tnb, sinking, maintenance, assessment, insurans, quit rent + latepayment jika ada)

  • BLOK 7 – RM???(airul from website do)
  • BLOK 8 –
  • BLOK 9 – RM1K (Suzana)
  • BLOK 10 – RM???(Idayu) | RM2700 (Hishamuddin) | RM1.4k (kekuda) | RM1441.14 (ACI)
  • BLOK 11 – RM988(Harry) | RM1400+(Shaeiddah) | RM1K++ (Azzerlant)
  • BLOK 12 – RM1.4k (sepupu Azerlant)
  • BLOK 13 – RM1500(Azhadruddin)
  • BLOK 14 – RM983.10 (Mohd Nizar) RM16++(erocksan) RM1003.10(Mohd Syalmiri)
  • BLOK 15 – RM1622.42 (Shahzuli), RM900++(Zulkhairi) RM996.10 (Zailiana)
  • BLOK 16 – RM1015.20  (Adlin Haryati Arshad)
  • BLOK 17 – RM 1012.90 (Shamsol)

So surat dah terima, kunci lak leh amik tapi kene buat appointment dulu… TAHNIAH buat anda kerana sabo menunggu… Continue reading “Mari Amik Kunci!!”

Hangat Hangin Hangit

Recently we move to new Facebook Group with new features. Comparison FB lama n baru leh click sini. Sambutan amat menggalakkan. Thanks you all sbb menerima perubahan ini selaras ngan halatuju FB (apsal ayat aku macam talbloid news je ni haha.. kita kasi test.. huduh sangat or reader leh terima hehe)

Hangat

Apa yang hangat? Pada yang suka dapat update2 news ala2 gossip artis tu mari lah join FB Group baru DO ni. Bulan lepas OCTOBER 2010, dalam fb group memula infor mengatakan Phase 2 and Phase 3 akan disekalikan and ada orang call DO yang they all sedang prepare surat penyerahan kunci expected bulan NOVEMBER ni.

Hangat

Continue reading “Hangat Hangin Hangit”