Report Sept 2010 & Teh Tarik #1

Salam & selamat kembali dari kampung memasing 🙂 Harap semua kembali bekerja seperti biasa and demam cuti2 raya dah berakhir… Kerja la sungguh2 so leh bayar utang raya jika ada hehe especially yg layan Court Mammoth ke or guna Festive Loan ke.. hehe

Report September 2010

Latest comment from rakan2 kita:

  • Jemin : Block 7 air dah masuk, akhir  Sept diorang kata baru nak start antor surat amik kunci…yg maklum kene buat appointment dulu; Bayaran +/- RM1500 (maklumat dalam surat) <– yg ni aku tak tau lah kedai je ke or termasuk apartment..
  • Rafie: Claim dia 50% buat since Januari 2010 tak dapek2 lagi.. <– sabo je lah en Rafie ye.. kitorang yg lain lagi lah tak tau camno lom start claim lagik.. moh kumpul reramai
  • mummyjulia: katanya dah ada agent2 cari owner apartment kita ni tuk bebudak UiTM duduk; <– aku suggest mummyjulia jadi kita punya ‘marketing’ ada brani tak mummy? hehe
  • damia sara: diberitahu yg Block 7 8 9 10 dah masuk air; kerani kat situ lak kata estimate surat serah kunci leh dapat bulan October 2010Pasal pengiraan claim contoh dari damia

kita boleh claim kalau projek ambil masa lebih dari 3 tahun kita sign snp, yang kat depan mukasurat snp tu ada tarikhnya.
contoh, Harga rumah RM 150,000.00 , snp ditandatangani pada 1/1/2007, dan dapat surat serah kunci pada 1/10/2010. Jadi tempoh pembinaan adalah 3 tahun 9 bulan. Untuk subdivide unit standard 36 bulan patut siap. dalam kes ni terlebih la plak 9 Bulan. Perkiraan yang sepatutnya boleh claim adalalah seperti berikut:
(RM150,000 x0.1)/(12)x(9 Bulan) = RM 11,250.00

Teh Tarik #1

Sukacita dimaklumkan, dijemput warga DO yang ada masa kelapangan untuk hadir ke sessi teh tarik aka gathering aka suaikenal.
Maklumat lanjut seperti berikut:

Tempat : Restoran Sri Melur Jaya (deret block 1 Dataran Otomobil…hujung sekali.. masuk entrance  DO terus belok kanan)

Tarikh:   26 Sept 2010

Masa:       5:00PM ~6:00PM

Tujuan: Sajer2 kenal2; sharing2 info; perutusan dan sedikit amanat

Yg rajin2 nak bawak kueh raya lemang ketupat dipersilakan… saya belanja teh tarik je lah hehe….Moga sama2 lah kita menjayakan komuniti DO…

Sekian..