10 tips for Amazing Interior Design

Pastinya ramai dah menelaah majalah, buku-buku, search kat internet pasal interior design. Ye la kan rumah dah nak siap; ada yg dah dapat CF ada yg masih tunggu CF (mcm aku). Especially kaum wanita.. sure dah imagine memacam. Yg hardcore lak gi IKEA ke, tgk design2…. nak tu nak ni.. masak la korang kaum suami.

Aku pun tak terlepas dari berimaginasi apa nak bubuh kat umah… so dua tiga tahun menunggu ni ada la jugak barang2 aku dah beli khas untuk deco umah ku. Kali ni aku nak share skit bahan bacaan yg aku ada baca pasal panduan nak deco rumah. Lepas baca ni aku sure korang pikir 2~3 kali dan mereview semula idea2 korang 🙂

Book: “What Would You Do With This Room? My 10 Foolproof Commandments to Great Interior Design”

Author: Mark Lewison, Sherru Houtz, John R. Haigh.

#1 Design For How You Live

Translate aku: Hiasilah mengikut acuan sendiri

Katanya yg penting korang hias biarlah mengikut style korang. Jangan dok hias sbb tgk bilik contoh macam kat IKEA (ye mmg la lawa bangat). Biar design tu mencerminkan diri anda dan cara hidup anda (skema giler ayat..tak leh blah). Kiranya ko kene truthful to yourself. Benda2 camni effect minda dan prinsip or pegangan hidup korang.

Contoh: Takkan ko nak letak pintu gerbang elektrik kat pintu depan… giler apa?

Kes #1 ( base on author story mory aku convert kpd versi melayu)

Tipah, wanita bekerjaya; jawatan tinggi tapi mmg la tak berapa terurus.. ye la keje opis byk.. bila masa nak ngemas.. (unless ada maid). Pintu masuk umah dia ada para (console) yg mana dia akan letakkan segala surat, bil, kunci krete, kunci pagar, tisu, jam, stokin (hahaha) dan memacam benda kecik2 (mcm aku pun ada ni lol… atas meja ku ada gel rambut, jam loceng, ambipur, headphone, wallet, jam, charger, duit2 syiling dalam poket, kunci kete, resit yg berlambak <— alamak kantoi la pulok)..

.. ok sambung balik cerita ….so Tipah mintak tolong si Mat (ya, nama Mark jadi Mat dalam versi ni), supaya bagi consultation and kasi rumah dia kemas skit. Mat ni kenalan Tipah la.. so Mat tau para (console) tu bukan masalah. Seperti biasa Tipah akan argue ngan pandangan Mat

Rekaan conversation:
Mat: Pah oii, para ni bukan masalah ko.. ko nyer habit bubuh barang tu ha.. asal ada space ko letak je satu tempat. mana tak bersepah
Tipah: Mat ko tau la aku .. takda masa la nak kemas2 aku tau aku balik nak rehat tenangkan fikiran… tgk tv layan 1080p, youtube ke.. surf dataranotomobil.com ke (tetiba je masuk iklan hahhahah)

Tipah buat bodo je.. pekak telinga dengar nasihat si Mat. So since Tipah tu client, maka dia pun lukis la idea menghias apartment si Tipah ni. Esoknya si Mat tunjuk kat Tipah, bakal hiasan apartment Tipah, OH sungguh girang si Tipah.. and tak sabo nak tgk hiasan baru apartmentnya. So Tipah amik cuti balik kampung… Mat pun hias la umah nya. Sampai la siap. Payment settle semua.. Tipah sangat amat tertarik ko memamng de BOM suka…Lalu malam selepas payment Tipah ngan Mat pun………….. . . . . .. pekene teh tarik kat mamak kat bawah block 2 (isk isk isk korang pikir bukan2)

So selang beberapa minggu..Mat datang melawat, saja2 nak catch up and tgk how Tipah going. Hiasan still macam hari tu TETAPI.. even tempat para tu dah takda (dialihkan kat tempat lain) ..tempat tu jugak si Tipah bubuh keys, mail, lipstik, boots dan segala macam barang yg sblm ni dia bubuh. Tipah pun kata ” I need something for my mess”

Si Mat mmg dah agak dah benda ni pasti berlaku. Tipah tau dia tak suka semak yg dia buat tapi dia silap sbb even dah alihkan para tu dia tetap tak dapat ubah perangai dia.

Dalam kes ni jalan penyelesaian bukanlah buang/alih/tukar para(console) tuh tetapi meletakkan perabot/peralatan yg sesuai ngan habit dia. Kabinet yang ada ‘shelves’ and pintu adalah jawapannya.

Bukan saja Tipah leh teruskan habit nya malah terlindung lagi (ada pintu mahh).

Kesimpulan nya… jgn dok nipu diri sendiri… kalo dah habit tu habit gak… leh ubah tapi pelan2 takleh la drastik sangat. Kalo nak sangat pintu elektrik depan rumah.. tunggu bila dah beli rumah tanah la.. or banglo ke… baru la logik hahahaha Lu fikirlah sendiri.

Bersambung daaaa…….

(anda suka ngan artikel di atas? sudilah register as member or subscribe rss or post kat fb korang ke.. just click link2 bawah ni)

Related posts: